Monday 9 October 2017

Sandwich Sardin easy

Image result for resepi sandwich sardin
Sandwich Sardin

Bahan-Bahan

1 tin sardin saiz besar
4 ulas bawang merah - hiris
2 labu bawang besar - kupas dan cincang dadu
4 biji cili merah
1 buku roti
1 biji timun - hiris nipis
1 ikat daun salad
1 biji tomato buah - hiris nipis
butter secukupnya
4 sudu besar mayonis
garam secukupnya
1 biji limau nipis
minyak masak 

Image result for resepi sandwich sardin

Cara Membuat Sandwich Sardin

1. ambil 1 tin sardin kemudian pisahkan kuah dan tulang kerana kita hanya akan mengambil isi, kemudian hancurkan isi sardin dan ketepikan sekejap.

2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang besar yang sudah di cincang dadu, kemudian masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan tadi.
Gambar Resepi Sandwich Sardin

3. perahkan limau nipis ke dalam bahan yang dimasak tadi dan kacau hingga kering. kemudian masukkan cili merah dan garam secukupnya. kacau hingga rata kemudian matikan api dan gaul dengan mayonaise.
Gambar Sandwich Sardin 

4. akhir sekali, sapukan butter pada roti kemudian letakkan timun, tomato, daun salad, dan sardin. tutupkan dengan roti.

Image result for eating quote

Monday 11 September 2017

Spageti bolognese cuti midsem


Spageti bolognese
Bahan-bahan

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
300g ayam cincang
1/2 cawan susu cair
1 biji carrot
1 tin tomato puree

Cara-cara

1.Tumis bawang2 yg telah dicincang halus
2.Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak
3.masukkan tomato puree
4.Maukkan susu cair
5.Masukkan carrot yang telah dipotong.
6.Biarkan mendidih
7.Perasakan dengan garam dan gula
8.Tutup api dan sedia dihidang

  #kuantan

Brownies chewy meowwwyy


BROWNIES
amik kau brownies...
#mukariaktakdapatdisoroklagi
Resepi Brownies
Bahan bahan
115 g butter
250 g dark chocolate or milk chocolate
3 biji telur
Esen vanilla
100 g castor sugar
100 g brown sugar
95 g self raising flour
Cara- cara
1. campur butter,dark chocolate, koko powder dan masak dengan cara double boiling
2.Sementara itu, pukul telur dan esen vanilla dalam bekas lain guna garfu jer. Kemudian masukkan castor sugar and brown sugar.  Pukul lagi.

3.Masukkan adunan coklan kat first step tu dalam bekas yang second step.
4. Masukkan self raising flour. Gaul manja gtu
5.Masukkan adunan brownies dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah celcius



Trifle yummy yimmy

  Trifle sedap hanna buat..kalau nak sila datang rumah.. > _<...^_^
  #kalautakmalulah~haha        


watak utama: Trifle
watak antagonis: Hanna
    lokasi penggambaran : Pontian

Trifle

by resepi mudah

Bahan-bahan

1 kek swiss roll
1 tin buah cocktail
1 kotak kristal jelly jenama nona.perisa strawberi
1 tin susu cair
1 tin air ( gunakan tin susu cair tadi )
7 sudu besar gula pasir
4 sudu tepung kastard
cara-cara
LAPISAN PERTAMA :
1potong kek swiss role anggaran 1.5 cm tebal dan susun dalam acuan. tuang air fruit coktail ke atas swiss role hingga basah.
2Ketepikan dulu.
LAPISAN KEDUA :
11 tin susu cair , 1 tin air , 7 sudu gula di masak atas api yang sederhana.
2Bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 gelas air.
3Bila susu mendidih, kecilkan api, kemudian masukkan bancuhan tepung kastard tadi.
4Masak hingga likat.
5Kemudian,tuangkan keatas lapisan pertama tadi.
LAPISAN KETIGA :
1Taburkan buah koktail ke atas lapisan kedua tadi.
LAPISAN KEEMPAT :
1Sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
2Tunggu sejuk sedikit, baru tuang ke atas lapisan ketiga.
3Masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.
4Siap untuk dihidang.






 Selamat mencuba! haha